• tk3
1

Kombo TENTANG KALBU (PREORDER)

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | Lawalingo
Free worldwide shipping
Secure payments | Lawalingo
Secure payments
7 Days Free Return | Lawalingo
7 Days Free Return

Blurb Semerah Hati Semanis Ceri (Deian Dyan):


Siapa sangka … istilah ‘girl-bestfriend’ mampu menjadi parasit dalam hubungan cinta?


“Awak asyik cemburu tak bertempatlah. Batrisya tu kawan baik saya.” – REDZA 


Iya, kawan baik yang dibawanya ke hulu ke hilir … kawan baik yang lebih disayangi berbanding teman wanitanya sendiri … kawan baiklah sangat! Nak muntah Cherry mendengarkannya.


Dua tahun memendam rasa, Cherry nekad untuk membalas dendam. Seorang ‘partner in crime’ diidam. Shafa Aidan; bekas teman lelaki Batrisya menjadi pilihan. Lelaki paling sempurna untuk menjayakan misi gilanya.


“I hanya perlu jadi ‘best friend’ you saja, kan?” – AIDAN


“You adalah pilihan pertama I sekarang ni. My top priority dan I nak Redza tahu benda itu.” – CHERRY


Adil dan saksama. Biar Redza dan Batrisya hadap perkara serupa. Dengan pertolongan Aidan, Cherry nekad untuk pastikan mereka berdua mengaku kalah. Walaupun permainan yang Cherry cipta bakal menjerat leher sendiri, dia sama sekali tidak peduli!


******


Blurb Pasangan Satu Jiwa (Liya Fatiya):


Manusia berevolusi. Mereka kini telah menggunakan seratus peratus kapasiti otak mereka, membantu mereka untuk melakukan perkara-perkara yang mustahil untuk manusia biasa lakukan. Telekinesis, mind reading, psychic and psionic power. Namun, undang-undang ini tidak termaktub untuk dua orang manusia biasa yang hanya dianugerahkan tanda bunga yang terlekat pada tulang selangka mereka.


Bagi Mawar Aquila, rasa itu melelahkan.

Bagi Altair Idreez, rasa itu menyedihkan.


Dua jiwa yang diikat berkongsi satu rasa. Namun tatkala bahagia mengetuk pintu sukma, kedua pasangan satu jiwa ini telah dipaksa untuk masuk dalam satu dunia ganjil. Dunia yang bagaikan nyata, tetapi ada rahsia yang masih belum tersingkap.


Teka-teki perlu dijawab. Kepingan puzzle perlu diselesaikan. Namun adakah segalanya bakal menjadi mudah jikalau memori itu bukan milik mereka lagi?