• photo_2024-01-31 20.58.55
1

KOMBO ENDLESS + BOOKSLEEVE AIMBOOKED (PREORDER)

Regular price
RM 95.00
Sale price
RM 95.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | Lawalingo
Free worldwide shipping
Secure payments | Lawalingo
Secure payments
7 Days Free Return | Lawalingo
7 Days Free Return

99% Romantik 1% Fizik

"Physics is romantic when you understand the theory."


WINTER QUINN, pelajar jurusan Fizik tahun tiga University of Valley terperangkap dalam fitnah surat layang yang dihantar ke bahagian pengurusan universiti melibatkan dia dengan seorang tutor merangkap pelajar PhD Astrophysics, Mr. Nathanael Weinstein. Kerana itu, dia meminta bantuan rakan sebiliknya, Logan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

LOGAN, pelajar PhD bidang Astrophysics mempunyai misi besar ketika membuat keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat PhD untuk kali ke-2. Dia menggunakan pelbagai helah termasuk melanggar peraturan universiti semata-mata untuk menyempurnakan misi iaitu membawa isterinya pulang ke kampung halaman. Malang sekali, kewujudannya asing di mata sang isteri.

Cerita ini mengisahkan  perjalanan mengutip kembali memori yang hilang. Berlangit gugusan bintang berjuta tahun cahaya jaraknya, jalan yang dilalui Winter dan Logan bertembung di pertengahan yang membawa kepada penciptaan suatu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan oleh mereka berdua.


*****


NOEYL: Setahun Saja

"Aku akhirnya belajar untuk melepaskanmu."


Tergamam melihat seorang manusia misteri sedang membaca di atas rak buku di dalam sebuah perpustakaan, Eòin dalam diam mula tertarik dengan wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Noeyl.

Sehinggalah takdir menentukan mereka untuk menjadi jiran.

“Terkejut tiba-tiba jumpa saya?” - Eòin

“Awak buat apa kat sini?” - Noeyl

“Hmm, saya pindah rumah sebelah.”

Bermulalah kehidupan baharu mereka sebagai jiran tetangga, yang adakalanya menguji kesabaran Noeyl.

“Awak tahu, mungkin awak boleh upah orang untuk ambil barang-barang awak.” - Noeyl

“Saya ada jiran yang baik. Buat apa saya nak cari orang?” - Eòin

Sepanjang perkenalan mereka, Eòin selalu tertanya-tanya siapa Noeyl sebenarnya berdasarkan tingkah lakunya yang sering menimbulkan persoalan.

Di sebalik sejarah silam Eòin yang tersembunyi, tiada siapa tahu, Noeyl juga sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Bagaimana jika... masa setahun itu tidak cukup?